Korang mesti hairan dan pelik kenapa aq tulis tajuk camtu.... Tapi itulah kenyataannya.... Dok PM sibuk-sibuk nak satukan rakyat Malaysia, terdapat tiga parti yang hanya ada satu prinsip yang sama dalam setiap parti mereka iaitu MENJATUHKAN KERAJAAN..... Kalau korang kate aq salah... Cer korang pikir balik betul tak betul ape yang aq cakap...... Mase pilihanraya kita boleh tengok perkara ni dengan jelas sebab korang akan nampak 1 parti yang bersatu menentang 3 parti yang berbeza.... Kalau diorang takbir negara... bolehkah mereka satukan penyokong-penyokong mereka???? Hurmmm..... Bukan aq nak mengejek tapi dah kenyataannya begitu.... Memang la masa bertanding nampak baik tapi setiap parti politik tu memang ada agenda mereka yang tersurat dan tersirat.... Macam meringkaskan karangan la jugak... hihihi..... Aq bukan nak suruh korang undi BN tapi ye la.... cube korang tengok parti pembangkang.... masalah sesama sendiri pun susah nak selesaikan... inikan pulak urusan negara.....
"Tapi NM... Kerajaan tak menunaikan janji mereka...."
Owh... Tak menunaikan janji eyh..... Cer korang tengok balik ape yang kerajaan dah buat selama 50 tahun ni.... Cer korang tengok dah berape banyak sekolah yang kerajaan buat? Berapa banyak banggunan yang dah kerajaan bina? Mungkin kerajaan ada buat terlepas pandang kat beberapa tempat tapi itulah guna kita... Bagitau kat kerajaan... Kalau mereka tak buat jugak... Laporkan lah kat ADUAN RAKYAT (TV3) dan ada slot aduan jugak dekat RTM1...... Bukan kerajaan tak peka tapi mereka pun banyak kerja.... Korang mungkin kate kerajaan makan duit rakyat tapi cer korang tengok highway-highway yang berbelit-belit kat KL tu..... Lebuh raya yang panjang nun dari utara sampailah ke selatan..... Buat je dah berapa.... Belom masok maintenance lagi..... Dengan jambatan Pulau Pinang lagi...... Tu... yang polis jaga sini-sana tu bukan duit kerejaan yang bagi mereka makan.... Cer bayangkan polis tak de? Korang kene ragut nak lapor kat sape? Keluarga korang kene bunuh nak lapor kat sape? Sape yang nak selesaikannya? Hurh... nak suruh korang? Kalau korang jumpa yang gangstar dah terkencing-kencing dalam seluar.......Korang bile dah pikir... terlebih pulak.... Cer korang pikir simple-simple je memang ko akan nampak ape yang kerajaan dah bagi kat korang dari korang lahir hinggalah korang mati....
"Alah... NM cakap senang la.... Mustahil la NM puas hati semua yang di bagi kerajaan..."
Ish... ish... ish... memang NM ada tak puas hati kat beberapa pemimpin tapi ye la... Kalau orang dah pilih dia nak buat macam mane.... Lagi pun hati takkan pernah puas kerana ia berpunca daripada nafsu..... Lagi pun... Pelbagai kemudahan yang kerajaan dah bagi kat korang..... Cer tengok kalau takde jabatan pendaftaran negara..... takde jabatan-jabatan kerajaan lain..... jangan harap la korang nak duduk goyang kaki.... Kalau kerajaan tak lakukan semua ni korang jangan haraplah adanya Malaysia ni...... Merdeka pun belum tentu lagi.... Ingat aq tak menyebelah mane-mane tapi renung dan pikirkanlah...... Korangkan pandai..... Pilihan yang bijak menjamin kemakmuran negara.......
1MALAYSIA : RAKYAT TEGUH NEGARA KUKUH
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN