Thursday, 14 April 2011

BoL iTu BuLaT???

Bola itu bulat ke??? Hurmm.... Kate ade belajar english education tapi takkan diorang tu butak bentuk.... Well hello everyone!!! The ball is sphere okay!!! Hehehe.... Jangan marah k.... Just nak bagi tau ape fakta je.... Tapi.... Sebut pasal bola... Ade pelbagai jenis permainan yang memerlukan bola seperti.... "BoLa SePaK!!", "SKuaSY!!", "GoLF!!", "TeNNiS", "PiNG PoNG", "BoLa TeLaNJaNG!!!" eyh salah tu... bola keranjang dan bla... bla... bla... bla... bla.... Kalau bola tu boleh cakap dah dimaki hamunnye manusia... mane tak nye... ade yang kene sepak, kene pukul, kene tampar dan kene baling tak tentu pasal.... Tapi ye la... dah name bola kan... sedar tak sedar... bola jugak la yang banyak menyihatkan manusia... mane tak nye dengan tekejar ke sana ke sini... yang lompat dengan melompatnye dan macam-macam lagi lah.... "Ape tujuan NGaH MaN bukak topik ni?" Iye la... blog-blog lain asyik perkatakan pasal sukan yang diorang minat... yang bola sepak dengan bola sepaknya... yang badminton dengan badmintonnya.... dan macam-macam lagi lah... tapi ni aq nak cakap dengan menyeluruh..... okey jom pergi sentuh dari sukan demi sukan.... tapi aq takkan cakap la ape sejarah sukan tu sebab sejarah tu kat wikipedia pun ade kan....

BOLA SEPAK - Permainan juga dikenali sebagai FOOTBALL ataupun SOCCER. Kata orang, permainan ini merupakan permainan paling popular di seluruh pelusuk dunia termasuklah mereka yang tinggal di perkampungan atas air... Permainan ini yang diterajui oleh Federation International de Football Association yang berpusat di Zurich, Switzerland terdiri daripada dua ratus lapan pemimpin dari setiap negara yang terlibat. Antara negara yang terlibat termasuklah Brazil, Argentina, England, German dan Switzerland sendiri. Seperti sekolah juga mereka mempunyai anak-anak buah mereka yang mengelolakan benua masing-masing. Apa yang aq maksudkan adalah badan-badan berkuasa seperti UEFA (Eropah), AFC (Asia), CAF (Afrika) dan CONCAFA (Amerika Utara) serta CONMEBOL (Amerika Selatan). Lanjutan dengan itu kita mengenali pemain-pemain ternama dalam sukan ini kerana bakatnya. Antaranya termasuklah Pele, Maradona, Batistuta, Raul, Seaman, C. Ronaldo dan Lionel Messi untuk pemain antarabangsa. Untuk pemain tempatan pula kita pasti mengenali pemain seperti Mokhtar Dahari, Akmal Rizal, Khairul Fahmi dan juga Safee Sali. Hurh kalau nak cakap pasal bola sepak... sampai tahun depan pun tak abis.... Cukuplah dulu kat sini... Citer pasal sukan bola lain pulak......

GoLF - Permainan yang semakin popular mungkin kerana keseronokannya ataupun kerana habuannya yang amat lumayan.... Mana taknya kalau menang sekali dapat sampai ratusan ribu...... Tak gitu korang??? Golf ni aq tak berapa minat sangat nak main sebab ustaz-ustaz kat sekolah ada cakap... "Golf ni permainan untuk orang yang tak ingatkan keluaraga kerana:

G - Golongan
O - Orang
L - Lupa
F - Famili"

Aq pun malas nak cakap banyak la pasal ni... takut kang ade pulak yang mengamuk.... hehehe.....

BoLa KeRaNJaNG - Permainan ini famous untuk orang-orang dekat Amerika nun hah..... Kat Malaysia, permainan ini memang popular dikalangan orang-orang cina... Katanya seronok.... Tapi ye la... dah badminton melayu main... bola pulak, india dan melayu men.... cina tak tau nak men ape jadi diorang men la bola keranjang ni.... Dah dua tahun ni baru la permainan ni makin meluas... dengan pertandingan yang dilakukan oleh pelbagai pihak dan satu daripadanya ialah AirAsia yang membuat liga bola keranjang yang melibatkan Malaysia, Filipina dan Singapura....... Dua tahun tak men sukan ni ada ilang datang je idea yang aq nak cakap.... hehehe.....

HOLD!!!!
Aq nak berhenti kat sini dulu tapi sebelum aq berhenti aq nak cakap.....
Walau apapun sukan korang.. korang jangan berhenti bersukan kerana dengan bersukan, pengaliran darah dalam badan akan lancar dan dapat mengelakkan jantung berlemak.... So, Moh le kite bersukan ye.....

No comments:

Post a Comment